.. segalanya bermula di sini ..
myMasjid versi Joomla
May 1st
Dikasihi Allah, dikasihi manusia
Apr 15th
Salam,
Kalau kita baca kitab hadith 40, susunan Imam Nawawi, pada hadith yang ke-31 kita anda bertemu dengan hadith berikut.
Daripada Abu Abbas, Sahil bin Saad As-Sa’idd r.a, berkata : ” Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW dan bertanya : ‘ Ya Rasulullah, tunjukkan aku suatu amalan, sekiranya aku buat, nescaya aku dicintai oleh Allah dan orang ramai. ‘ Maka dijawab Nabi : ‘ Hendaklah zahid di dunia, nescaya engkau dicintai oleh Allah dan engkau zahid pada apa yang ada di sisi manusia, maka nescaya engkau dicintai oleh orang ramai. ‘
Zahid yang dimaksudkan ini bukanlah Zahid AF. Tetapi Zahid dari segi bahasa bermaksud, “berpaling daripada sesuatu sebab kurang bernilai”
Imam Al-Ghazali memberi definasi zahid yang lebih jelas untuk dikaitkan dengan hadith di atas. Kata beliau, “Bukanlah orang yang zahid itu orang yang tidak berharta. Tetapi orang yang zahid itu ialah orang tiada dibimbangkan oleh hartanya sekalipun harta seluruh alam ini kepunyaannya belaka.”
Ibn Qayyim Al-Jauziyah pula mengkategorikan zahid kepada dua bahagian:
- Zahid itu ialah mengosongkan hati dari dunia bukan kosong tangan daripadanya. Inilah zahid orang-orang arifin.
- Zahid itu ialah kosong sama sekali dari sesuatu sama ada dari dunia ini mahu pun dari syurga diakhirat kelak, kecuali Allah sajalah tempat tumpuan. Inilah zahid golongan muqarabin.
Yang di atas semuanya berkaitan dengan zahid kepada dunia. Berkenaan zahid kepada barang yang ditangan manusia pula, bermaksud jangan mengharapkan sesuatu daripada manusia.
Diriwayatkan bahawa Abdullah bin Salam r.a. menemui Kaab Al-Ahbar yang sedang di sisi Umar r.a. Lalu Abdullah r.a. berkata, “Wahai Ka’ab siapakah golongan yang berilmu?” Ka’ab menjawab, “orang yang beramal dengan ilmu.” Abdullah r.a. bertanya lagi, “Apakah yang menghilangkan ilmu daripada hati ulama selepas mereka menghafal dan memahaminya?” Ka’ab menjawab, “Ia dihilangkan oleh ketamakkan, kerakusan nafsu fan meminta keperluan daripada manusia.” Abdullah r.a. pun berkata, “benar.”
Ketika mensyarahkan hadith ini, Imam Ibnu Rejab berkata, “Terdapat banyak hadith daripada Nabi s.a.w. yang mengarahkan supaya menjaga diri daripada meminta sesuatu kepada manusia dan supaya tidak bergantung kepada mereka. Sesiapa yang meninta kepada manusia apa yang ada di tangan mereka, mereka akan membenci dan tidak suka kepadanya, kerana harta sesuatu yang disayangi oleh jiwa manusia. Oleh itu, sesiapa yang meminta kepada mereka sesuatu yang mereka sayangi, mereka akan membencinya.”
Adakah kita ni termasuk hamba-hamba Allah yang zuhud? Imam Al-Ghazali di dalam Koleksi kitab Ihya Ulumuddin, di dalam Kitab Fakir dan Zuhud telah mengariskan beberapa ciri orang-orang zuhud :
- bahawa ia tidak gembira dengan adanya sesuatu dan tidak bersedih dengan tiadanya sesuatu. (tanda zuhud kepada harta)
- bahawa sama padanya antara orang yang mencelanya dan memujinya (zuhud kepada kemegahan)
- jinak hatinya kepada Allah s.w.t., setiap orang yang jinak hatinya dengan Allah, nescaya ia sibuk dengan yang demikian. Ia tidak sibuk dengan yang lain daripadaNya.
Wallahu’alam.
Rujukan
Jawami’i Al-Akham Jilid 3 (terjemhan bahagian Terjemahan dan Editorial Pustaka Salam Sdn. Bhd) , Imam Ibnu Rejab Al-Hanbali, Pustaka Salam Sdn. Bhd., 2007
Hadith Empat Puluh (Terjemahan dan syarah oleh Al-Ustaz Mustafa Abdul Rahman), Imam Nawawi, Dewan Pustaka Fajar, 2008.
Ihya Ulumuddin, Kitab Fakir dan Zuhud (Terjemahan Prof T.K.H. Ismail Yaakub Sh; Ma), Victory Agensi, Kuala Lumpur, 1988.
Kuliyah Hadis by Sheikh Hussein Yee.
Apr 15th
Kuliyah Hadis by Sheikh Hussein Yee.
Date: 16 April 2010/Friday
Time: 8.00pm till 11.00pm
Venue: Seminar room 1, Kompleks Masyarakat Penyayang, Jalan Utama.
You can bring your friends and non muslim friends too together.
Seats are limited. Please confirm your Kind attendance before 16 April 2010 via email or call us 04-2274849.
Thank you
Khadijah
Setiausaha Kerja
Audio Kuliah Dr Danial Zainal Abidin 2007-2009
Apr 14th
Salam,
Most of the files uploaded to savefiles.com are missing, savefile.com close. The original links can be found a mindasuper.com’s forum. I have re-uploaded again most of the audio at mediafire. Hope Mediafire is able to sustain longer. Here’s the share link :
http://www.mediafire.com/?sharekey=f220f87559394b77ab1eab3e9fa335cabbb9a4931cc53286
Legasi yang perlu diteruskan
Jan 12th
Di suatu pagi, Mama yang tengah sarat mengandung memegang erat tanganku ketika kami melintasi titi yang merentangi kawasan kampung zoo ke jalan utama.
Perutnya besar, langkahnya perlahan. Di dalam tubuhnya ada seorang lagi insan yang aku sayang, adik aku. Yang tinggal menumpang kehidupan sehingga waktu yang dijanjikan.
” Azizah, dah sarat macam ni jangan dok berjalan dah”, seingat aku, seseorang pernah menegur beliau.
Ketika itu, aku baru berusia 5 tahun. Mama telah menahan segala macam kesakitan, memimpin tangan kecilku, melangkah dengan tekun dan sabar, menghantar aku ke sebuah tadika yang terletak 2km dari rumah Mak Tok.
Pelajaran anak-anak amat penting.
Sekali dua kami singgah di gerai Rahim untuk membeli pensel atau pemadam yang aku hilangkan. Sering kali, beliau menunggu dengan sabar waktu rehat aku untuk memastikan aku makan pagi. Roti dan “scramble egg”.
“Makan roti banyak, telog cicah sikit saja..”, kata beliau kepadaku. Entah berapa harga sebiji telur ketika itu, tapi sudah tentu ia mahal untuk kami.
Di tadika tersebutlah aku pertama kali didedahkan dengan bahasa Mandarin, yang akhirnya membawa aku selama 13 tahun menuntut di sekolah cina.
Sebenarnya orang yang pertama belajar Mandarin di dalam keluarga bukanlah aku. Sebaliknya Mama. Aku ingat lagi ketika cikgu tadika tersebut menulis ejaan dalam rumi di setiap abjad cina untuk memudahkan Mama mengajarkan sebutannya kepadaku di rumah.
“Balik tanya mak,” aku ingat lagi suara itu walau pun telah 28 berlalu. Mama pun mula mengajar satu demi satu berdasarkan ejaan rumi yang dibekalkan.
Sampai aku pandai.
So …jika Mama yang mengajarkan aku Mandarin, maka beliau lah boleh dikatakan sebagai orang pertama di dalam keluarga yang boleh berbahasa cina. Isn’t it?
Di sebalik semua itu, kehidupan kami sebenarnya susah, menumpang di rumah orang ketika itu. Abahku seorang “ferry pilot”, pemandu feri di perairan Pulau Pinang. Pendapatan beliau tidak lebih RM300 sebulan. Mama tidak bekerja.
Banyak sungguh kesusahan mereka yang tidak sampai hati aku ceritakan di sini, tidak sanggup aku ingat kembali. Banyak sungguh pengorbanan yang tidak mampu aku bayar kembali, juga memalukan diri sendiri jika aku nukilkan.
Aku faham, semua kesusahkan dan pengorbanan itu sebenarnya bukan semata-mata untuk diriku sahaja. Sebaliknya untuk anak-anak dan cucu dan cicit mereka secara keseluruhan.
Hari ini adalah minggu kedua anakku Adam memulakan persekolahannya. Melihat hari pertama beliau memakai seragam tadika, mengingatkan aku dengan zaman aku bertadika dahulu.
Bezanya, aku dihantar dengan berjalan kaki, berpimpin tangan. Berpayung jika terik atau hujan. Hari ini anak aku ke tadikanya dengan Grand Livina. Teacher sambut di pintu mereka.
Aku tak tahu berapa banyak yang perlu mama dan abahku bayar setiap bulan untuk sekolah tadika aku dulu, kemungkinan amat rendah. Yang aku tahu yuran kemasukkan tadika si Adam mengalahkan yuran kemasukkan pakciknya si Ajim ke UiTM Manjung minggu lalu.
Bestnya Adam.
Tapi nikmat yang dikecapi si Adam ini adalah kerana langkah kerdil, tekun dan sabar mama suatu ketika 28 tahun dahulu. Semoga langkah itu terus memberi kesan baik kepada generasi beliau yang seterusnya.
Terima kasih Mama. Allahyarhamha Azizah Bt Ibrahim.
Jadual Kuliah Dato (ustaz) Shamsuri Hj Ahmad Januari 2010
Jan 8th
Salam,
Berikut merupakan jadual kuliah Dato (ustaz) Shamsuri Hj Ahmad untuk Jan 2010
4hb – Masjid Simpang Empat
5hb – Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar
11hb – Surau Taman Kerian, Parit Buntar
12hb – Masjid Jelutong, Penang
18hb – Masjid Taman Brown, Penang
19hb – Masjid Bandar Darul Ehsan, Jitra
Sila sebarkan, terima kasih.
Wallahu’alam.
Koleksi audio kuliah Dato (Ustaz) Shamsuri Haji Ahmad
Dec 5th
Salam,
Koleksi audio kuliah Dato (Ustaz) Shamsuri Haji Ahmad oleh saudara Muhammad Suhaimie Leong [mieleong(at)gmail.com]
http://rapidshare.com/files/276992071/Shamsuri_NO.zip
http://rapidshare.com/files/276974222/Shamsuri_M.zip
http://rapidshare.com/files/276943208/Shamsuri_IJKL.zip
http://rapidshare.com/files/276943207/Shamsuri_H2.zip
http://rapidshare.com/files/276824322/Shamsuri_GH1.zip
http://rapidshare.com/files/276814252/Shamsuri_D.zip
http://rapidshare.com/files/276606574/Shamsuri_C.zip
http://rapidshare.com/files/276553150/Shamsuri_B2.zip
http://rapidshare.com/files/276553149/Shamsuri_B1.zip
http://rapidshare.com/files/276480256/shamsuri_A.zip
Terima kasih, semoga beliau diberkati.
Hidup Keseorangan
Dec 5th

Pada waktu ini aku ditinggalkan keseorangan. Anak isteri aku semua ada di Lunas. Aku tinggal asing dengan dari ibu bapa. Dari sudut bilik ini aku mula menyiapkan kerja-kerja yang selama ini pending, audio-audio kuliah yang perlu diupload semula, video kuliah yang perlu diupdate, emel-emel yang perlu dijawab, skrip-skrip aplikasi yang perlu dikaji semula, buku-buku yang belum dibaca .. macam-macam. Itu baru kat bilik.
Manusia sebenarnya sememangnya keseorangan. Waima kita berkumpulan, berkahwin, berkeluarga, berjemaah. Hakikatnya masing-masing mempunyai suara hati sendiri yang tidak dapat didengari oleh orang lain. Masing-masing mempunyai catatan dosa dan pahala tersendiri. Masing-masing ada tarikh dan tempat mati tersendiri. Masing-masing ada kubur sendiri. Masing-masing akan dibangunkan dan disoal sendiri-sendiri.
Betoi dak, Haji Rahim?
Kepada sahabat-sahabat yang masih bersedih kerana diri keseorangan, yang masih mencari jodoh tu, janganlah bersedih. Anda tidak rugi apa-apa. Teruskan usaha mencari anda. Namun, di dalam masa yang sama tidak perlu tertekan. Manfaatkan kehidupan bersendirian sebagai pelaburan masa hadapan.
Banyak lagi perkara yang boleh dilakukan. Banyak lagi ilmu yang perlu dipelajari. Banyak lagi tempat yang belum dilawati. Banyak lagi makanan yang belum dirasai. Banyak lagi rekod yang belum dipecahkan. Banyak lagi buku di atas rak.
Betoi dak, Lela?
Banyak lagi hutang yang belum terjelas. Banyak lagi kesalahan yang belum dimaafkan. Banyak lagi puasa yang perlu diqhado. Banyak nazar yang belum dibayar. Banyak sudah zikir yang telah ketinggalan.
Beto dak, Rul Amin?
Sabda Rasulullah s.a.w., ” Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa sihat sebelum sakit. Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba masa mati.” (riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).
Jadi, jangan buang masa kalau hidup keseorangan.
Al-Imam Ghazali telah mengkususkan satu bab iaitu Al-Uzlah (pengasingan diri) di dalam Ihya Ulumuddin membincangkan tentang faedah dan dorangan untuk memupuk hidup keseorangan. Beliau telah mengariskan enam faedah yang diboleh didapati dengan beruzlah. Beliau telah mendatangkan banyak kisah tentang uzlah. Sehinggakan uzlah atau pengasingan diri ini menjadi matlamat sesetengah ahli-ahli ibadat, ahli-ahli tasauf.
Dan kita pula merasa gusar ketika “diberi peluang” hidup keseorangan?

