Daily Diary

Kat mana nak cari stroller untuk triplet?

Salam,

Semalam aku bawak si Safiyah GH untuk buat pemeriksaan ultrasound otak. Orang punyalah al-Ramai.

17112009(002)

Lepas ni akan ada susulan pemeriksaan untuk Khadijah dan Aisyah pulak, tapi hari lain. Tapi dalam jadual tu, ada satu hari kena bawak tiga-tiga pi sekali. Nampaknya kena pakai dua orang sukarelawan untuk bawak depa pi buat pemeriksaan.

Lalu aku terfikir, tak kan aku nak tunggu depa buleh berjalan baru aku sekeluarga buleh berjalan?

Cadangan mak Ayu boleh diterima jugak, dia suruh beli bakul letak dalam kereta. Tiga orang, tiga “bakoi”. Thats fine. Giant ada juai benda tu.

Lepas tu, kalau dah sampai destinasi, aku dukung sorang, Ayu dukung sorang, sorang lagi sapa nak dukung? Tak kan aku nak dukung dua orang?

Baby-Trend-Triplet-Stroller

Aku ingat nak cari stroller untuk triplets. Benda ni jarang jumpa, ada sapa-sapa tau kat mana ada? Kalau tak dak jugak aku kena beli yang twin, lepas tu pakai stoller Anas. Mungkin memadai.

But come to think of it, abih tu macam mana nak sumbat semua tu dalam kereta?

  • Share/Bookmark

Amazing Facebook, Amazing Wordpress

Salam,

Canggih betoi application laaa ni. Depa buleh interact dari satu IP ke satu IP. Seingat aku dulu ada RSS, SOAP … hari ni entah apa benda. Journal-journal yang dok cerita tentang teknologi ni pun dah tak larat nak baca.

Semalam aku link Blog ni ke pesbuk .. yang boleh keluaqkan Link kat pesbuk kalau aku post apa-apa kat sini.

fb-link

Hari ini aku install satu lagi app yang boleh linkkan blog aku ke pesbuk. Hasilnya pesbuk buleh display posting aku kat tepi-tepi profile. Dah tu user pesbuk buleh terus komen di pesbuk dan benda tu akan diupdate terus di blog ni.

fb-box

Amazing Facebook, Amazing Wordpress.

got to go … depa dok nangih ..

  • Share/Bookmark

Banyak lagi yang tak siap

Salam,

Tadi banyak terima tetamu yang nak tengok triplets.

Nak pi kuliah DD pun terkandas. Dah tentu Bro Jefri tertunggu-tunggu nak kasi salinan MP3 kuliah.

Audio kuliah di savefile.com semua dah hilang. Savefile dah tutup kedai, kena upload semula. Terima kasih kepada bro Suhamie Leong yang sudi berikan koleksi beliau. Boleh di dapati di URL berikut :

http://rapidshare.com/files/276992071/Shamsuri_NO.zip
http://rapidshare.com/files/276974222/Shamsuri_M.zip
http://rapidshare.com/files/276943208/Shamsuri_IJKL.zip
http://rapidshare.com/files/276943207/Shamsuri_H2.zip
http://rapidshare.com/files/276824322/Shamsuri_GH1.zip
http://rapidshare.com/files/276814252/Shamsuri_D.zip
http://rapidshare.com/files/276606574/Shamsuri_C.zip
http://rapidshare.com/files/276553150/Shamsuri_B2.zip
http://rapidshare.com/files/276553149/Shamsuri_B1.zip
http://rapidshare.com/files/276480256/shamsuri_A.zip

Triplets dan abang-abang mereka dah tidoq. Esok nak kena bawak si Safiyah semula ke MH untuk check apa entah laa …

Ada orang cakap Ustaz Shamsuri batal kelas sebab pindah rumah, ada orang cakap sebab sakit. Yang mana satu Wallahu’alam. Apa-apa pun semoga diberkati.

Terima kasih kat DD yang banyak bagi nasihat dan doa semasa anak-anak aku di hospital.

16112009

Adik aku beli DVD player chap Philips. Tiru laa tu .. tapi khabarnya macam rosak. Esok nak pi tengok sat.

  • Share/Bookmark

Lama tak pi Kuliah Dr Danial ..

Salam,

Tengah dengaq Bro Lim Jooi Soon di Youtube.  Interesting speeach. Rasanya bro ni mungkin bekas paderi atau pendakwah kriestien.
Sat lagi nak pi ambik mama, mai jaga Adam & Anas & Triplets.

Aku nak pi rakam kuliah Dr Danial dengan Ee.  Lama dah tak pi sejak bulan September.

  • Share/Bookmark